fbpx

Sorok syabu RM4.2 juta bawah tangga rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan Basri (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang diletakkan di bawah tangga rumah terbakar di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang semalam.

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 berjaya membongkar taktik sindiket pengedar dadah yang menyembunyikan dadah jenis syabu bernilai RM4.2 juta di bawah tangga sebuah rumah yang sudah terbakar sejak empat tahun lalu di Lubok Gong, Rantau Panjang di sini, semalam.

Rampasan dadah itu dilakukan menerusi pemerhatian dan intipan selama 10 jam di kawasan tersebut selepas PGA Batalion 8 menerima maklumat berkaitan dengan aktiviti penyeludupan bahan terlarang itu pada pukul 4 pagi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan membawa kepada penemuan enam bungkusan hitam yang diletakkan di bawah tangga tapak rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi itu turut menemui sebanyak 107 bungkusan syabu seberat 1 kilogram setiap satu.

“Semua syabu yang diletakkan di kawasan itu telah dibungkus dengan plastik berwarna merah yang bertulisan bahasa Cina.

“Dadah yang dirampas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di IPD Pasir Mas di sini hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI