fbpx

Rentas daerah – rujuk ketetapan MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Pelaksanaan larangan merentas daerah tidak pernah menggunakan daerah polis, sebaliknya mengikut sempadan daerah pentadbiran di bawah Pegawai Daerah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika mengulas mengenai kekeliruan yang timbul mengenai kawasan sempadan daerah.

“Oleh itu, bagi pihak yang telah dikenakan kompaun bagi kes ini, mereka boleh kemukakan rayuan di pejabat kesihatan mengikut daerah kompaun tersebut dikenakan.

“Selain itu, ramai juga yang terkeliru, apabila dikenakan kompaun RM1,000. Itu ialah kadar maksimum. Kadar kompaun boleh diturunkan terserah kepada pegawai yang menerima rayuan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel ditutup sama ada di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP).

“Hotel tidak pernah diarahkan untuk tutup, mereka boleh beroperasi seperti biasa. Jika hotel ditutup disebabkan ketiadaan pelanggan, ia tidak ada kaitan dengan larangan kerajaan.

“Ramai yang mengatakan ada kekeliruan setiap kali terdapat perubahan prosedur operasi standard (SOP). Namun SOP berubah kerana dibuat berdasarkan keadaan semasa,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI