fbpx

Dua bekas POCA antara empat penyamun diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulhuda menunjukkan wajah lelaki yang dikesan pihaknya berhubung kes pecah pejabat sekolah.

KLANG – Dua bekas tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 yang baru dibebaskan bulan lalu nyata tidak serik terlibat dalam jenayah dengan melakukan pecah masuk pejabat sekolah bersama dua rakan mereka.

Bagaimanapun, kesemua suspek lelaki berusia 20 hingga 40-an itu ditangkap dalam operasi selama dua hari bermula Selasa lalu di sekitar daerah ini selepas aktif sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penangkapan mereka susulan laporan daripada seorang pengetua sekolah menengah yang mendapati bilik guru telah dipecah masuk pada 7 Februari lalu.

Katanya, sekolah tersebut kerugian kira-kira RM3,000 selepas komputer, komputer riba dan duit tabung sekolah lesap dilarikan pencuri.

“Hasi siasatan mendapati, kumpulan suspek ini terlibat dalam lima kes dengan nilai kerugian RM10,000.

“Mereka menyasarkan tadika, sekolah rendah dan menengah di sekitar Kapar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Nurulhuda, modus operandi mereka adalah melakukan jenayah di antara pukul 5 hingga 6 pagi dengan memanjat pagar untuk memasuki premis sebelum mengumpil tombol pintu dengan pemutar skru.

Ujarnya, barangan curi itu kemudiannya dijual kepada warga asing dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara mereka.

“Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis heroin. Tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta dua daripadanya baru dibebaskan dari Penjara Kajang dan Bentong atas kesalahan Poca pada awal tahun ini,” jelasnya.

Nurulhuda menegaskan pihaknya kini mengesan seorang lelaki iaitu Muhammad Taufik Adam Abdullah atau dikenali Nathan berusia 30an dan beralamat terakhir di Jalan Keretapi Lama, Kapar bagi membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI