fbpx

Peniaga enggan daftar LHDN bimbang kena cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul melawat kilang benih padi mentah di Sabak Bernam, Selangor menerusi program #TinjauMOF baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Ada segelintir peniaga dan usahawan kecil yang masih ragu-ragu untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana bimbang dikenakan cukai oleh kerajaan.

Itu antara maklum balas diterima Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas melakukan program #TinjauMOF terhadap peniaga serta usahawan kecil dan sederhana di beberapa negeri baru-baru ini.

Tengku Zafrul menerusi Nukilan MK#11: Usahawan PKS Mikro Penjana Ekonomi Negara berkata, maklum balas itu diterimanya ketika melakukan tinjauan di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, Sabak Bernam, Selangor dan Kuala Pilah serta Jempol di Negeri Sembilan.

Menurutnya, stigma seperti itulah yang perlu diatasi untuk melancarkan proses penyaluran bantuan oleh kerajaan.

“Pendaftaran menerusi LHDN adalah cara paling mudah untuk kerajaan mengenal pasti golongan berpendapatan rendah yang layak menerima bantuan.

“Sebagai contoh, semasa saya ke Jalan Raja Bot saya dapati masih ada peniaga yang kurang arif tentang bantuan yang layak mereka terima dan boleh mereka mohon daripada kerajaan,” katanya di laman sosial Facebook.

Tengku Zafrul berkata, isu sama turut dialami oleh usahawan luar bandar dan cabaran itu antara yang perlu diatasi kerajaan.

“Bagaimana kita hendak memastikan maklumat dapat disalurkan ke semua peringkat untuk memastikan mereka yang layak dapat menerima bantuan sewajarnya?,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI