fbpx

MK syok sendiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK

Jarang sungguh Diva mendengar gosip tentang seorang ahli kumpulan K-Clique bernama MK. Bukan jarang tetapi tak pernah rasanya kecuali tentang isu dia suka memakai emas.

Rasanya perkara tersebut masih tiada kesudahan kerana dia tetap memakai aksesori untuk wanita tersebut walaupun realitinya haram di sisi agama.

Terbaharu, ada yang berbisik pada telinga Diva mengatakan penyanyi rap pujaan ramai wanita itu semakin syok sendiri.

Tukang bisik itu beritahu, gelaran tersebut diberikan kerana hampir setiap hari MK memuat naik video dirinya dalam Instagram.

Mungkin aksinya yang kerap memberikan senyuman seksi kepada pengikut Instagram itu mengundang rasa kurang senang segelintir individu sehingga menggelar penyanyi duet lagu Peluang Kedua itu sebagai syok sendiri.

Diva ingatkan semua wanita cair melihat senyum senget MK tetapi sangkaan meleset.

Sempat juga meninjau ke ruangan komen, memang ada individu yang menulis MK syok sendiri dan muak dengan aksi samanya.

Tidak salah pun nak pamer wajah kacak dalam Instagram sendiri tetapi kalau boleh janganlah hampir setiap hari. Takut orang rasa menyampah dan bosan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI