fbpx

Perayaan Chap Goh Mei perlu ikut SOP RIBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memaklumkan upacara keagamaan di Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bagi Perayaan Chap Goh Mei pada 26 Februari ini perlu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pembukaan rumah ibadat yang telah diluluskan.

KPN berkata, bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bilangan kehadiran penganut tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa selain waktu sembahyang di RIBI terdiri daripada dua sesi iaitu 6 pagi hingga 2 petang dan 4 petang hingga 10 malam.

Katanya, bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) aktiviti keagamaan dan sembahyang di RIBI dibenarkan dengan kehadiran bilangan penganut tidak melebihi 50 peratus daripada saiz ruang rumah ibadat.

“Ia juga tertakluk kepada ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pertimbangan Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi rumah ibadat di Wilayah Persekutuan.

“Bagi tempoh waktu sembahyang di RIBI adalah tertakluk kepada pengurusan RIBI masing-masing,” katanya.

Jelas KPN, bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula aktiviti keagamaan dan sembahyang di RIBI dibenarkan dengan kehadiran bilangan penganut mengikut saiz ruang rumah ibadat dengan penjarakkan fizikal.

“Sementara itu, bagi tempoh waktu sembahyang di RIBI adalah tertakluk kepada pengurusan RIBI masing-masing.

“Aktiviti sembahyang pada 26 Februari di bawah kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan di halaman
rumah masing-masing tetapi tidak boleh melepasi kawasan halaman rumah,” katanya.

KPN berkata, pihaknya menasihati semua penganut yang melakukan aktiviti keagamaan dan sembahyang di rumah ibadat di seluruh negara agar mematuhi SOP di atas bagi memastikan tiada penularan wabak di kalangan penganut dan bersama-sama membudayakan norma baharu untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya RIBI dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP mulai 19 Februari hingga 4 Mac depan.

Kerajaan bersetuju pembukaan RIBI semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP adalah tertakluk kepada SOP Pembukaan Rumah Ibadat yang telah diluluskan dengan syarat-syarat nyata dalam SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI