fbpx

Doktor nasihat tidak ambil paracetamol sebelum suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja meletakkan kotak berisi ubat paracetamol di rak sebuah farmasi di Sundbyberg, dekat Stockholm, Sweden pada 16 Mac, 2020. - AFP

LONDON – Doktor-doktor menyarankan orang ramai agar mengelak daripada mengambil ubat tahan sakit ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Bercakap kepada akhbar The Sun, seorang doktor ber­kenaan, Sarah Jarvis berkata, sebelum ini terdapat bukti ubat tahan sakit itu boleh me­ngubah tindak balas sistem imunisasi badan kepada vaksin.

“Bagaimanapun, dalam kes ini (koronavirus), kami tidak pasti sama ada pengambilan ubat tahan sakit akan menyebabkan pelalian menjadi kurang efektif.

“Tiada bukti spesifik me­nunjukkan mengambil ubat tahan sakit sebelum atau ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-18 akan memberi kesan kepada keupayaan badan membina imunisasi.

“Justeru, nasihat untuk tidak mengambil ubat tersebut sebelum suntikan vaksin hanya sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mengambil ubat tahan sakit jika mereka merasa sakit selepas menerima suntikan vaksin tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, satu kajian pada 2016 menunjukkan ‘banyak pihak’ termasuk badan-badan kesihatan tidak menggalakkan pengambilan ubat tahan sakit sebelum vaksinasi.

Menurutnya, satu kajian mendapati ubat paracetamol ‘meneutralkan’ tindak balas imunisasi terhadap sebilangan vaksin dalam kanak-kanak.

Semua kajian itu mendapati perkara tersebut berlaku hanya apabila paracetamol atau ubat tahan sakit serupa diambil sebelum mendapatkan suntikan vaksin dan bukan selepas me­nerima imunisasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI