fbpx

Hariz Hamdan mahu bersih kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIZ HAMDAN

MENJADIKAN program mencungkil bakat terkenal Hero Remaja sebagai platform membina nama, Hariz Hamdan tidak pernah terfikir perubahan yang berlaku terhadap dirinya kini.

Meskipun sekadar menduduki tempat kelapan menerusi platform berkenaan, rezeki jejaka berumur 19 tahun itu tidak mati di situ dan sentiasa mencurah-curah sehingga kini.

Usai tamat program Hero Remaja 2020, Hariz mula melibatkan diri dalam dunia peragaan sebagai model pada usia yang amat muda bagi beberapa buah jenama ternama.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Hariz Muhammad Hamdan itu, dia bersyukur atas peluang tersebut sekali gus menjadikannya sebagai platform mempersembahkan bakat terpendam yang dimiliki.

BERTATIH mencari tapak dalam bidang lakonan, perlahan-lahan kehadiran Hariz Hamdan mencuri tumpuan sehingga dirinya kini dihujani banyak tawaran lakonan. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Alhamdulillah. Jujurnya sejak dari kecil saya memang menyimpan cita-cita untuk bergelar pelakon.

“Berlakon adalah jiwa saya yang sebenar. Untuk ke arah itu, saya sanggup mengeluarkan dan membelanjakan sedikit wang bagi menuntut ilmu seperti masuk ke kelas lakonan setiap minggu,” katanya sebagai mukadimah bicara ketika bertemu empat mata baru-baru ini.

Angan-angan anak ketiga daripada empat beradik itu untuk bergelar bintang filem akhirnya tercapai walaupun masih hijau dan mentah dalam kanvas seni yang diceburinya.

Terkini, dia selesai menjalani sebuah filem berjudul Banglo Seksyen 12 arahan aktres Intan Ladyana yang baru sahaja tamat penggambaran.

Menerusi filem berkenaan, dia diberikan tanggungjawab memegang watak sebagai Fazli yang merupakan ketua kumpulan aktiviti paranormal.

“Alhamdulillah peluang seperti ini merupakan satu perkara yang memang saya tunggu-tunggu dan diidamkan sejak memasuki bidang ini.

“Menerusi peluang dan kepercayaan yang diberi ini juga, saya cuba lakukan yang terbaik. Tetapi terpulang kepada audiens untuk menilainya kelak,” ujarnya yang kini sedang menuntut di peringkat diploma dalam jurusan Sains Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Segamat, Johor.

HADIR dengan pakej sedap dipandang, Hariz bagaimana meletakkan soal rupa sebagai nombor dua. Paling penting ialah bakat.

Rupa, bakat seiring

Ditebak soal trend artis baharu yang muncul bagai cendawan selepas hujan dan sekadar menggunakan wajah sebagai ‘senjata’ berbanding bakat, Hariz kurang bersetuju dan melontarkan pendapat sendiri.

“Dikurniakan rupa paras menawan dan melengkapi pakej yang dikehendaki rumah produksi sahaja tidak cukup tetapi perlu selari dengan bakat.

“Soal rupa paras, saya letak nombor dua. Paling penting bakat yang ingin saya tonjolkon kepada umum,” ujarnya yang mengidolakan Bront Palarae dan Nabila Huda.

Hariz bersyukur kerana rezeki lakonannya mencurah-curah sekali gus bersyukur bakat lakonannya mula diterima ramai.

Dia akan memasuki set penggambaran dua buah drama iaitu Kisah Cinta Rumi bagi slot Akasia gandingan bersama Khai Bahar dan Terlerai Noktah Cinta lakonan Nabila Huda serta Aidil Aziz.

Menutup bicara, Hariz mengakui dia kini dalam proses menyesuaikan diri dengan gelaran artis dan berazam menjaga reputasi diri sebaik-baiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI