fbpx

Geng Ayoi Gombak tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Berselindung disebalik perniagaan ayam goreng dan vape, dua peragut ditahan di sekitar Gombak dekat sini pada 26 Januari lalu.

Difahamkan, kegiatan kedua-dua lelaki yang berusia 31 dan 35 tahun itu berjaya dihidu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa, seorang suspek menjalankan perniagaan menjual makanan manakala seorang lagi menjual vape.

“Kedua-dua suspek ini merupakan ahli kumpulan Geng Ayoi Gombak yang aktif melakukan jenayah ragut sejak tahun 2018.

“Modus operandi mereka ialah mensasarkan penunggang atau pembonceng wanita yang memakai rantai dan gelang emas,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan bergerak serentak dengan menggunakan motosikal untuk meragut di sekitar ibu negara.

Mengulas lanjut, hasil ragut kemudiannya akan dijual secara haram kepada seorang lelaki warga tempatan yang dikenali sebagai Angah.

“Individu yang dikenali sebagai Angah yang masih bebas ini merupakan satu-satunya pembeli emas tetap untuk kumpulan ini dengan harga RM190 segram.

“Suspek kemudian akan meleburkan emas berkenaan sebelum dijual kepada peraih emas dan bukan di kedai emas,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI