fbpx

Pengasas Sugarbook ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar halaman Sugarbook- Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pengasas aplikasi Sugarbook ditahan di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditangkap pukul 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas bagi aplikasi Sugarbook.

“Proses permohonan reman terhadap suspek yang beralamat di Pulau Pinang akan dilakukan di Mahkamah Shah Alam pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran,” jelasnya.

Baru-baru ini media melaporkan Malaysia diletakkan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI