fbpx

Boleh ‘dine in’ ikut keluasan meja mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai boleh menarik nafas lega apabila aktiviti ‘dine in’ atau makan di dalam premis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mulai esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kebenaran itu tertakluk kepada keluasan meja dengan mematuhi syarat penjarakan fizikal satu meter.

“Kebenaran ini meliputi semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP dengan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

“Sebelum ini, kawasan PKP hanya dibenarkan dua orang satu meja, namun mulai esok semua kawasan boleh ‘dine in’ mengikut keluasan meja dan perlu ada penjarakan fizikal satu meter,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kapasiti penumpang dalam satu kenderaan, Ismail Sabri berkata, mulai esok kebenaran menaiki kenderaan tertakluk kepada kapasiti penumpang sesebuah kenderaan.

“Mulai esok semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP had penumpang bagi sesebuah kereta atau kenderaan mengikut kapasiti atau jumlah kerusi di dalam kenderaan,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI