fbpx

Timbalan Pengerusi parti politik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seorang Timbalan Pengerusi sebuah parti politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri selain turut merampas wang berjumlah RM1.2 juta.

SPRM berkata, suspek ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada tahun 2019.

“Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh semalam ialah dua pengarah syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SPRM berkata, pihaknya merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan Timbalan Pengerusi tersebut.

Katanya, turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

“Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM berkata, siasatan masih lagi berjalan dan pihaknya berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI