fbpx

Orang ramai digalakkan ‘sucikan’ harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL AZIZ (kanan) menyerahkan poster kempen WTPS MAIS kepada Ahmad Shahir (kiri) sebagai simbolik pelancarannya kempen tersebut.

SHAH ALAM – Masyarakat di Selangor khususnya digalakkan menyucikan Wang Tidak Patuh Syariah (WTPS) dalam memastikan pengurusan harta berlandaskan hukum syarak.

WTPS merupakan wang atau harta yang diperoleh daripada sumber haram antaranya transaksi riba, hasil jualan barang curi, rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, galakkan itu selaras kempen penyucian WTPS yang dilancarkan pihaknya dalam mendidik umat Islam membersihkan harta supaya kehidupan yang dilalui penuh dengan keberkatan.

“Semua WTPS berkenaan akan disalurkan terus kepada Baitulmal MAIS.

“Pelupusan WTPS juga boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah/,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran kempen itu di sini hari ini.

Menurut beliau, MAIS yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam kepentingan mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI