fbpx

Manusia pendera ada isu kecelaruan emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NOR AZIHAN MD GHAZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

Kejam! Itulah perkataan sesuai digambarkan terhadap bapa tiri yang sanggup mendera hingga sampai ke peringkat membunuh anak yang masih kecil tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

Anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapa adalah individu terpenting yang bertanggungjawab mencorakkannya, tidak kira sama ada bapa kandung mahupun bapa tiri. Anak tetap anak.

Kisah kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun, Zubaidi Amir Qusyairi, yang ditemui terlangkup di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tiri baru-baru ini amat meruntun jiwa dan mengejutkan seantero pelusuk negara.

Manakan tidak, anak sekecil itu tanpa fikiran dan akal yang cukup matang diperlakukan sedemikian rupa. Anak pada usia itu sebenarnya perlukan perhatian dan kasih sayang, namun sebahagian ibu bapa menganggap anak mereka nakal dan mengada-ada.

Menurut pakar motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh, ibu bapa kena faham bahawa anak-anak ketika usia antara tiga hingga 10 tahun amat memerlukan perhatian dan maklum balas daripada ibu bapa.

“Mereka bukan nakal tetapi mahukan perhatian. Ibu bapa yang berada dalam tekanan bia­sanya akan menganggap anak mengada-ada. Maka anak-anak akan dimarahi, dipukul dan di­belasah.

“Kanak-kanak ketika berusia di bawah 10 tahun, mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan diri apabila didera. Berbeza dengan usia belasan tahun, mereka sudah panjang akal dan pada usia ini jarang berlaku kes penderaan,” ujarnya.

Jelas beliau, dijangkakan kes penderaan terhadap kanak-kanak akan bertambah sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilaksanakan.

“Ini kerana ramai ibu bapa yang hilang pekerja dan ibu bapa yang berniaga pula terjejas teruk kerana tidak dapat menjalankan perniagaan. Golongan ini berada dalam tekanan.

“Bila tertekan maka mereka akan melepaskan kemarahan kepada pasangan atau anak-anak. Ini dipanggil real psikology effect. Mula-mula marah dengan kata-kata, kemudian akan wujud tindakan seperti naik tangan dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Suhaimi Mohamad berkata, dalam kes penderaan kanak-kanak biasanya ia berlaku disebabkan kecelaruan emosi yang diikuti dengan tingkah laku agresif oleh ibu bapa.

“Ia juga dipengaruhi oleh penagihan dadah dan masalah sosial yang lain seperti tekanan hidup, masalah ekonomi, masalah rumah tangga dan pengaruh faktor persekitaran.

“Dalam kes penderaan sehingga menyebabkan kematian kepada anak tiri ini juga adalah satu bentuk poor parenting,” ujarnya.

Jelasnya, wujud tekanan dalaman dalam diri individu pen­dera yang membawa kepada sikap yang agresif dan cepat marah termasuk mempunyai kecelaruan personaliti seperti boderline personality disorder atau antisosial.

Ujar beliau lagi, jika berlaku kes penderaan terhadap anak-anak, ibu perlu bersikap lebih cakna dengan membawa anak-anak ke tempat lebih selamat atau mengambil langkah membendung daripada berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI