fbpx

Haji Hadi tidak nazak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

PETALING JAYA – Berita mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini berada dalam keadaan nazak di Institut Jantung Negara (IJN) adalah tidak benar.

Setiausaha politik beliau, Shahir Sulaiman ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi berkata, berita tersebut adalah palsu dan keadaan bekas Menteri Besar Terengganu itu semakin stabil.

 

SATU posting di Facebook yang menyatakan Tuan Guru Haji Hadi Awang sedang nazak ketika ini adalah palsu.

 

“Tak ada, tok guru berada dalam kondisi biasa, itu semua palsu,” jelasnya.

Terdahulu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya kelmarin selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI