fbpx

45 minit pujuk lelaki sakit mental terjun perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil masa 45 minit untuk memujuk seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terjun ke dalam perigi di Kampung Rebana, Machang semalam.

MACHANG – Anggota bomba mengambil masa selama 45 minit untuk memujuk seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terjun ke dalam perigi di Kampung Hutan Rebana di sini semalam.

Difahamkan, mangsa yang berusia 43 tahun itu telah membakar diri sehingga bahagian badannya melecur sebelum dia terjun ke dalam perigi setinggi tiga meter yang terletak di luar rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afhsam Nik Pa berkata, selepas kejadian itu, ahli keluarga mangsa telah menghubungi pihak bomba pada pukul 9.31 malam untuk membantu menyelamatkan lelaki itu.

“Seorang pegawai dan enam orang anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan melihat mangsa berada di dalam perigi itu. Lelaki itu pada mulanya bertindak agresif dan tidak mahu memberi kerjasama

“Dengan bantuan ahli keluarga, kita berjaya membawa mangsa keluar dari perigi itu selepas 45 minit memujuknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI