fbpx

Tuah OST Parineeti Chopra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARINEETI CHOPRA

PELAKON dan juga penyanyi, Parineeti Chopra yang sebelum ini pernah memikat hati peminat dengan nyanyiannya dalam filem Meri Pyaari Bindu dan Kesari, kini tampil dengan single ketiga berjudul Matlabi Yariyan.

Lebih manis, lagu tersebut dijadikan runut bunyi (OST) filem yang ditayangkan berjudul The Gril On The Train menerusi Netflix yang turut menampilkan dirinya sebagai heroin.

“Saya suka menyanyi dan akan mengambil apa sahaja peluang yang diberikan untuk menjadi seorang penyanyi.

“Walaupun kerjaya utama saya sebagai pelakon, namun saya beruntung kerana mempunyai bakat dan kebolehan sebagai penyanyi. Saya mahu seluruh dunia mendengar suara saya,” ujarnya.

Pada masa sama artis berusia 33 tahun itu juga berharap, lagu ketiganya akan memberikan tuah dan diterima baik oleh pendengar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI