fbpx

Netizen terkejut pembaca berita lelaki pakai cheongsam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Mohd. Dhihya mengenakan pakaian seakan cheongsam ketika menyampaikan berita mendapat pelbagai reaksi netizen.

PETALING JAYA- Gambar seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen televisyen milik kerajaan tular apabila dia dikatakan mengenakan pakaian seakan cheongsam ketika bersiaran pada Tahun Baharu Cina Jumaat lalu.

Tindakan pembaca berita itu, Mohd. Dhihya Sahlan yang mengenakan pakaian tradisi kaum Cina berwarna merah itu turut mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna laman media sosial.

Seorang netizen, Patrick Teoh, menyifatkan, sekiranya gambar itu benar, ia memberi gambaran jurang yang wujud dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Pembaca berita dan stesen televisyen itu tidak sedar yang lelaki itu mengenakan cheongsam,” tulisnya.

Bagi Shahron Lim pula, tindakan pembaca berita itu mengenakan cheongsam perlu dihargai berikutan usahanya ketika menyampaikan berita.

“Terima kasih kerana mencuba walaupun ia mungkin mempunyai kesilapan dalam cara pemakaian,” jelasnya.

Difahamkan, berita itu disiarkan di stesen televisyen kerajaan pada Jumaat petang, di mana pembaca berkenaan menyampaikan berita semasa dari negeri Sabah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI