fbpx

 Laporan audit 1MDB, Najib gagal singkir Sri Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal lagi dalam permohonannya untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kesnya meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas meneliti hujah daripada  kedua-dua belah pihak.

Dalam penghakiman ringkasnya, Mohamed Zaini berkata dakwaan pemohon bahawa Sri Ram telah terlibat dalam siasatan adalah tidak mempunyai merit.

“Tidak ada bukti yang meyakinkan untuk menyokong tuduhan pemohon (Najib) dan bukti tersebut tetap bersifat hipotesis (andaian). Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” katanya.

Mohamed Zaini turut berkata pada hakikatnya, tugas mahkamah adalah memastikan bahawa perbicaraan dijalankan secara adil demi menegaskan keadilan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala Najib selaku pemohon diwakili peguam Nur Syahirah Hanapiah.

Permohonan ini adalah percubaan ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan apabila dua kali permohonannya sebelum ini gagal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI