fbpx
GAMBAR HIASAN

3 lokaliti perintah PKPD ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Peringkat 2 dan sebahagian Peringkat 1 Felda Bersia, Hulu Perak, Perak yang dijadualkan tamat pada 16 Februari 2021 (esok).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 409 ujian saringan dan secara kumulatif
sebanyak 29 kes telah direkodkan di keseluruhan Felda Bersia.

“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan tiada lagi kes positif dikesan setelah PKPD dilaksanakan di lokaliti ini bermula 3 Februari 2021.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Peringkat 2 dan sebahagian Peringkat 1 Felda Bersia pada 16 Februari 2021 (esok) seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, perlaksanaan PKPD di Kampung Sungai Ud, Dalat, Sarawak dan Felcra Nasaruddin, Perak Tengah, Perak telah ditamatkan pada 16 Februari (esok) seperti yang dijadualkan. -K! ONLINE.