fbpx

Budak ‘wheelie’ motosikal, aniaya warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu video tular yang menyaksikan seorang remaja melakukan aksi wheelie untuk sengaja jatuhkan seorang warga emas yang membonceng motosikalnya.

PETALING JAYA – Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial hari ini, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai m1nnnt, telah memuat naik satu video seorang remaja dengan sengaja menganiaya seorang lelaki tua ketika dia sedang membonceng motor.

Rakaman berdurasi 20 saat itu dirakam dengan gelak ketawa oleh sekumpulan remaja lain dipercayai rakan remaja yang menunggang motosikal tersebut.

Menurut salah seorang pengguna media sosial Wan Azwan berkata, “kepada pihak atasan tolong kutip budak ini. Kurang ajar dia memang mengalahkan Ayah Pin.

” Kau mempermainkan orang tua. Adakah perkara itu diangap lawak? ” soalnya.

Dalam video tersebut jika dilihat, pada awalnya remaja yang tidak berbaju itu seakan mempelawa lelaki tua terbabit menaiki motosikal bersamanya.

Namun ketika dia sedang memanjat untuk duduk, dengan sengaja remaja berkenaan membuat aksi wheelie sehingga lelaki yang sudah berumur tersebut jatuh ke belakang.

Tindakan biadap yang dilakukan oleh remaja tersebut telah mendapat kecaman daripada warganet. Rata-rata merasakan apa yang dilakukan adalah satu tindakan tidak bermoral.

Walau bagaimanapun, waktu yang tepat dan lokasi kejadian tidak dinyatakan dan hanya diberitahu berlaku di satu daerah di Terengganu, merujuk kepada komen yang dilakukan oleh beberapa orang pengguna laman sosial berkenaan.

Perkara ini telah menyebabkan wargamaya tidak senang hati dan mahu remaja tersebut dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI