fbpx

6 maut dalam kemalangan libatkan 135 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan sebahagian daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Fort Worth, Texas kelmarin.- NBC

FORT WORTH, Texas- Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kemalangan melibatkan 135 buah kenderaan dipercayai akibat jalan licin berais di lebuh raya Interstate 35W di Fort Worth, dalam negeri Texas, kata polis.

Senario kemalangan itu melibatkan kawasan sepanjang 1.6 kilometer di beberapa lorong menuju arah selatan lebuh raya rentas negeri  tersebut dekat Northside Drive.

 

 

ANGGOTA bomba berada di lokasi kemalangan di lebuh raya Interstate 35 dekat Fort Worth kelmarin. – AFP

 

 

NAHAS dipercayai berpunca daripada keadaan jalan licin. – AFP

 

Perkhidmatan kecemasan membawa 60 mangsa ke beberapa hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan, lapor saluran berita fox4news.

“Senario hari ini (kelmarin) benar-benar tidak pernah dilihat sebelum ini  dan kami berdoa kepada Tuhan supaya kami tidak akan melihatnya lagi,” kata ketua polis Fort Worth, Neil Noakes.

Jurucakap bomba Forth Worth, Michael Drivdahl memberitahu sidang akhbar bahawa kemalangan dahsyat itu dipercayai berpunca daripada keadaan berais.

Beliau memberi amaran bahawa angka korban mungkin meningkat. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI