fbpx

6 maut bangunan asrama terbakar di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api menjulang tinggi di atas bangunan asrama Loafers Lodge ketika kebakaran pagi tadi. - Wellington City Council/Facebook

WELLINGTON – Sekurang-kurangnya enam orang maut selepas satu kebakaran melanda bangunan asrama empat tingkat di ibu negara New Zealand, Wellington, awal pagi tadi.

Api yang menjulang tinggi dan asap tebal kelihatan dari tingkat atas asrama Loafers Lodge, tengah Wellington ketika 80 anggota bomba dan 20 jentera dikerah memadam kebakaran.

Menurut perkhidmatan kecemasan, beberapa mangsa dilaporkan maut di asrama 92 bilik itu manakala 52 orang berjaya diselamatkan.

Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins melaporkan sekurang-kurangnya enam kematian, manakala Datuk Bandar Wellington berpendapat jumlah itu mungkin lebih tinggi.

Anggota bomba menggunakan tangga trak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas bumbung bangunan itu, kata Timbalan Bomba Negara, Brendan Nally.

“Mereka menyelamatkan beberapa mangsa dari atas bumbung, tepat di lokasi api menyala.

“Tiada jalan lain. Mereka akan terkorban sekiranya tiada bantuan pasukan kami. Tiada sistem penyembur air di bangunan asrama,” kata Nally.

Asrama tersebut merupakan kemudahan bagi penginap jangka pendek dan panjang, termasuk sebilangan individu berpendapatan rendah atau menetap di New Zealand secara transit. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI