fbpx

Kapasiti penuh kereta dibenarkan untuk penerima lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi mereka yang sudah lengkap divaksin di negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebaliknya bilangan penumpang adalah berdasarkan kapasiti penuh kenderaan.

Perkara itu merupakan sebahagian daripada perincian prosedur operasi standard (S0P) PPN bagi negeri-negeri Fasa 1 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Perincian sama turut meliputi negeri Fasa 2 menerusi SOP berasingan yang dikeluarkan MKN hari ini.

“Pergerakan bagi individu yang telah lengkap divaksin dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan,” katanya.

MKN berkata bagi individu belum lengkap divaksin, SOP lama masih terpakai, iaitu had dua orang wakil isi rumah sama dibenarkan untuk keluar mendapatkan barangan asas selain had tiga orang jika salah seorangnya merupakan pesakit yang perlu diiring bagi mendapatkan rawatan atau kes kecemasan.

Sementara itu, MKN berkata, tempoh kuarantin wajib bagi pengembara lengkap divaksin dari semua negara adalah 14 hari dan boleh dilanjutkan selama tujuh hari lagi sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang dijalankan pada hari ke-14.

Menerusi SOP turut dinyatakan bahawa golongan pengembara itu juga perlu menunjukkan bukti laporan ujian RT PCR negatif yang sah serta dijalankan tiga hari sebelum berlepas selain tiada gejala semasa saringan kesihatan dilakukan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara.

“Individu yang pulang atau tiba dari luar negara dan belum lengkap divaksin atau tidak divaksin perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantinditetapkan serta tertakluk kepada perincian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI