fbpx

KMI In Person With penghormatan buat Sheila Majid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA MAJID

KEMUNCULAN ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid menerusi program terbaharu berjudul, Konsert Minggu Ini (KMI) In Person With Sabtu lalu nyata mengubati kerinduan peminat. 

Masakan tidak, tanpa sedar rupa-rupanya sudah 15 tahun ratu jazz negara, Datuk Sheila Majib tidak membuat persembahan dalam mana-mana program hiburan terbitan RTM. 

Masih anggun dan jelita penyanyi hebat ini menyampaikan koleksi lagu-lagu hitnya seperti Pengemis Muda, Tua Sebelum Waktu, Boneka, Memori, Ku Mohon, Antara Anyer dan Jakarta, Sinaran dan banyak lagi hingga tidak disedari masa sejam setengah yang diberikan terasa tidak mencukupi. 

Satu keistimewaan yang terdapat pada penyanyi bertaraf legenda itu, dia seperti mempunyai kuasa luar biasa apabila berada di atas pentas walau tanpa kehadiran penonton.

Sheila turut melahirkan rasa berterima kasih kepada pihak produksi program melalui penerbitnya Nor Kuzaimah Abd. Aziz yang mengundangnya dan diberi penghormatan membuka tirai episod pertama KMI In Person With. 

SUDAH 15 tahun rupa-rupanya Sheila Majid tidak muncul dalam persembahan hiburan di RTM.

“Saya rindukan peminat saya” luah Sheila ringkas. 

Biarpun tanpa tepuk sorak penonton di auditorium, keasyikan KMI Im Person With Sheila Majid sebenarnya telah disaksikan bersama penonton di Indonesia, Brunei, Singapura dan di mana sahaja secara dalam talian menerusi rtmklik.

Dalam persembahan santai dan namun mempesonakan itu Sheila turut berkongsi sedikit cerita kehidupan peribadinya bagi melengkapkan konsep rancangan ini mendekatkan artis dan peminat.

Turut diundang anak perempuannya Kayda membuat persembahan dan menyanyi bersama. 

Selesai persembahan Sheila ditanya mengenai situasi pandemik yang sedang berlaku beliau menyatakan rasa bersyukur kerana program sebegini sekurangnya dapat membantu anak seni sepertinya mendapat peluang kerja.

Dia turut memberi nasihat kepada semua agar sentiasa menjaga kesihatan dan mematuhi arahan serta SOP yang telah ditetapkan kerajaan. 

Untuk episod yang seterusnya, antara artis popular yang akan turut membuat persembahan seperti Ziana Zain, Aishah, Ramlah Ram, Siti Sarah, Joe Flizzow, Wings, Drama Band, Pesawat dan Pretty Ugly. 

Pemilihan artis pada kali ini dipelbagaikan genre muziknya sama ada solo atau berkumpulan. Terdapat juga sebuah episod istimewa menampilkan dua orang pelawak kegemaran ramai iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Harith Iskandar.

SELAIN menghiburkan penonton dengan seleksi lagu popular, Sheila turut berkongsi perkembangan terkininya bersama peminat.

Ketua Hiburan TV RTM, Ellia Norni Ellias berkata, seiring konsep persembahan KMI yang mahu mendekatkan artis dan peminat, penambahan ‘In Person With’ dirasakan sangat bertepatan.

“Kami juga maklum dan mematuhi segala aspek keselamatan pematuhan SOP yang ketat sewaktu kerja produksi dijalankan. Jumlah pemuzik, pekerja belakang tabir dikecilkan skala dan tiada penari latar yang terlibat mengiringi persembahan penyanyi. 

“Contohnya seperti tarian penari telah dirakamkan terlebih awal dan disiarkan secara maya melalui paparan skrin sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, RTM melalui unit saluran hiburan amat prihatin dan memahami situasi semasa di mana ramai artis, penggiat seni, pekerja belakang tabir  telah terkesan serta putus punca pendapatan akibat tiada pekerjaan. 

Justeru peluang ini dilihat sebagai salah satu inisiatif dan tangungjawab bersama untuk membantu mengekalkan momentum industri hiburan tanah air supaya golongan pemuzik  mendapat pekerjaan seterusnya meneruskan kelangsungan hidup. 

Disepanjang tahun 2021 pelbagai program hiburan baharu telah di susun dan di atur bakal menemui semua. 

Untuk perkembangan dan hebahan program hiburan RTM, ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi @hiburantvrtm.

Konsert Minggu Ini In Person With disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran TV2. Jangan lupa, esok giliran diva pop, Ziana Zain pula akan menghiburkan semua dengan seleksi lagu hit terbaiknya bersama penyanyi jemputan Naim Daniel. – K! ONLINE

MALAM esok, giliran Ziana Zain menghiburkan penonton menerusi KMI In Person With di saluran TV2.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI