fbpx

Padah angkut sisa buangan tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot utiliti ditahan APMM selepas melakukan aktiviti mengangkut sisa buangan tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot utiliti yang menjalankan aktiviti mengangkut sisa buangan tanpa kebenaran pada kedudukan 3.4 batu nautika barat Tanjung Piai, Pontian, semalam.

Pengarah Maritim negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, kapal ronda APMM menahan bot utiliti tersebut yang berdaftar di Singapura.

“Kapal yang ditahan tersebut dikendalikan tiga kru termasuk termasuk nakhoda merupakan warganegara Indonesia berusia antara 32 hingga 48 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut beroperasi tanpa memiliki lesen yang sah dan nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran menjalankan aktiviti mengangkut sisa buangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, sisa buangan tersebut yang diangkut itu melibatkan sampah, sisa minyak dan lain-lain.

Jelasnya, kapal itu ditahan dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(i) kerana tiada kebenaran membawa bahan buangan daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“APMM terus komited melaksanakan tugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan sentiasa memandang serius pematuhan undang-undang negara.

“Pengusaha atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan ditetapkan dalam melaksanakan sebarang aktiviti di perairan negara bagi mengelak tindakan lebih tegas diambil,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI