fbpx

Dua lelaki edar dadah berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazeri dan Sukhon (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas pertuduhan mengedar ganja.

KANGAR – Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja berjumlah 250 kilogram (kg) di Padang Besar dekat sini pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Fazeri Din, 51, dan Sukhon Ewon, 40, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Fazeri dan Sukhon masing-masing bekerja sebagai pemandu lori dan tukang masak.

Mengikut kertas pertuduhan, Sukhron bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa mengedar ganja seberat kira-kira 100 kg di dalam sebuah kereta jenis Proton Persona di Kampung Batu Bertangkup, Mata Ayer, Padang Besar kira-kira pukul 7.10 pagi, 1 Februari lalu

Bagi pertuduhan lain, Sukhron dan Fazeri bersama individu yang masih bebas tersebut dituduh mengedar ganja seberat kira-kira 150 kg di sebuah rumah di Kampung Batu Bertangkup , Mata Ayer, Padang Besar pada pukul 7.50 pagi, hari yang sama.

Pendakwaan bagi setiap pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39(B)(2) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI