fbpx

Andreescu tersingkir, Aryna terus mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA berjaya meneruskan kemaraan selepas menewaskan Kasatkina pada pusingan kedua semalam. - AFP

MELBOURNE – Perjalanan juara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2019, Bianca Andreescu tersekat di pusingan kedua Terbuka Australia selepas tewas di tangan pemain veteran Taiwan, Hsieh Su-Wei di Arena Rod Laver pagi semalam

Andreescu kembali membuat kemunculan selepas kali terakhir pada WTA di Shenzhen 2019 lalu apabila ­mengalami kecederaan lutut hingga menggugat karier bintang Kanada itu.

Pada perlawanan tersebut, Andreescu seakan-akan hilang tumpuan pada set pertama perlawanan sebelum gagal mempamerkan kebangkitan pada set kedua dan tewas dengan keputusan straight-set 6-3 6-2.

Meskipun berada di ­ranking No. 71 dunia, namun Su-Wei antara pencabar terhebat di Terbuka Australia selepas pernah menewaskan beberapa jaguh dunia sebelum ini seperti Elise Mertens di Terbuka Itali (2020).

“Saya sentiasa lebih bersemangat ketika berdepan pemain yang lebih baik. Saya tahu akan berdepan tugas yang sukar ketika berdepan Andreescu.

“Andreescu mempunyai corak permainan yang cukup baik sehingga memaksa saya untuk mencari jalan keluar bagi memburu mata. Saya terkejut kerana berjaya melepasinya dan mara ke pusingan sete­rusnya,” kata Su-Wei.

Sementara itu, pemain No. 7 dunia, Aryna Sabalenka tiada masalah untuk melepasi pusi­ngan kedua selepas berjaya menumpaskan pemain muda dari Rusia, Daria Kasatkina dengan kemenangan straight-set 7-6, 6-3.

“Kasatkina bermain dengan cukup agresif pada awal permainan, namun saya bernasib baik kerana melepasi pusingan kedua.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan sudah pasti saingan akan lebih sukar pada pusingan seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI