fbpx

12 kontena daging kerbau guna logo halal mengelirukan disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Pulau Pinang menyita 336 tan daging kerbau sejuk beku di NBCT, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita hampir 336 tan daging kerbau sejuk beku dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini selama tiga hari sehingga semalam.

Operasi itu membabitkan rampasan sebanyak 17,370 kotak berisi produk dari India iaitu melalui lima kontena pada Isnin, enam kontena (Selasa) dan satu kontena (Rabu) yang cuba dibawa masuk ke negara ini.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan pihaknya mendapati keseluruhan barang dagangan tersebut menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa negara ini.

“Justeru, sebanyak 12 kontena yang mengandungi 335,914 kilogram daging kerbau sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM4,277,912.38 itu telah ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI