fbpx

Sabah benarkan solat fardu dan solat Jumaat di masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Hanya 15 jemaah dibenarkan menunaikan solat lima waktu dan 45 jemaah bagi solat Jumaat di masjid serta surau seluruh Sabah bermula Jumaat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran sama turut diberikan kepada rumah ibadat lain dengan kapasiti satu pertiga dari keluasan premis atau tidak melebihi 45 orang dalam satu masa.

“Kerajaan negeri bersetuju membenarkan solat secara berjemaah lima waktu tidak melebihi 15 orang dalam satu waktu manakala tidak melebihi 45 orang bagi solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh zon negeri Sabah.

“Langkah ini adalah bertujuan bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerajaan negeri juga bersetuju membenarkan aktiviti keagamaan di rumah ibadat lain dengan kapasiti satu pertiga keluasan tempat ibadat atau tidak melebihi 45 orang dalam satu masa.

“Semua kebenaran ini berkuatkuasa pada 12 Februari ini,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan perkembangan Covid-19 Sabah sebentar tadi.

Sementara itu, Masidi dalam kenyataan sama turut memaklumkan kerajaan negeri juga memberi kebenaran kepada pelanggan restoran untuk makan dan minum di sesebuah premis dengan syarat terhad untuk dua orang bagi satu meja seperti diputuskan kerajaan pusat semalam.

Bagaimanapun, menurut Masidi kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan berada di dalam premis berkenaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI