fbpx

Hati-hati sebelum sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 8 Februari 2021, sebanyak 281 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 144 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 12 kes diberi notis amaran.

“Bagi kes yang telah didakwa di mahkamah, sehingga kini 21 telah didapati bersalah manakala 13 lagi dalam proses perbicaraan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, pasukan Respon Pantas (PRP) di bawah SKMM juga telah mengeluarkan sebanyak 426 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu berkaitan Covid-19.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan klip video yang tular baru-baru ini berhubung pengumuman hukuman pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) adalah video lama bertarikh 14 April 2020.

“Video lama tersebut dimainkan semula bagi menimbulkan suasana panik dan kemarahan masyarakat.

“Sekiranya terdapat sebarang berita yang diragui kesahihannya, anda boleh menyemak atau menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY,” tambahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI