fbpx
MOHAMAD Roy Suhami Sharif (tiga kiri) memeriksa dokumen perjalanan seorang penunggang motosikal yang melalui SJR di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, Pasir Mas hari ini.

SJR bergerak di sempadan Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas akan sentiasa mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bergerak atau mudah alih di sempadan daerah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula 4 hingga 18 Febuari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, SJR secara mudah alih itu bertujuan melihat tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat ketika ini selain tidak tertumpu di satu kawasan.

Menurutnya, SJR itu melibatkan lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai dalam melakukan urusan rentas daerah.

“SJR bergerak itu bukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai, tetapi salah satu usaha menggalakkan pematuhan SOP PKP.

“Bagaimanapun, SJR di lokasi statik tetap berjalan seperti biasa,” katanya.

Terdahulu beliau turun padang meninjau SJR mengejut di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini hari ini.

Mohamad Roy memberitahu, dalam operasi itu sebanyak 16 kompaun yang melibatkan kesalahan kegagalan mengemukakan surat pelepasan untuk rentas daerah.

Katanya, sikap ambil mudah dengan tidak mengemukakan surat rentas daerah boleh menyebabkan mereka dikompaun.-K!ONLINE

POPULAR