fbpx

Durakovic bebas buat pilihan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC diberikan kuasa penuh untuk mendapatkan pemain import kelima Perak FC bagi mengisi slot terakhir.

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA jurulatih Perak FC, Mehmet Durakovic diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mendapatkan pemain import kelima bagi memperkasakan skuad The Bos Gaurus menghadapi kancah Liga Super 2021 yang dijadualkan bermula 5 Mac ini.

Ahli Lembaga Pengarah Pe­rak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihaknya memberikan sepenuh kepercayaan kepada pengendali berusia 55 tahun itu sebelum jendela perpindahan pertama ditutup dalam tempoh seminggu lagi.

“Terpulang kepada Mehmet (Durakovic). Beliau ada beberapa hari lagi untuk menguruskan pengambilan pemain sebelum 12 Februari. Apa yang penting ketika ini ialah melengkapkan pendaftaran pemain agar dapat beraksi dalam liga nanti,” kata Khairul Shahril.

Sebagai rekod, Perak FC setakat ini sudah mempunyai empat tenaga import iaitu Muhammad Shakir Hamzah dari Singapura dan trio Brazil, Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais atau Careca serta Guilherme De Paula.

Bagaimanapun, Khairul Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak itu difahamkan bahawa Perak FC sudah mempunyai calon untuk mengisi kuota import kelima.

Terdahulu, Perak dikatakan sedang mengintai khidmat seorang penyerang dari Timur Tengah ketika Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Bagaimanapun Ahmad Faizal sudahpun meletak jawatan dan Pafa kini di bawah pemangku presiden, Datuk Mohammad Yadzan Mohamad sehingga pemilihan dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI