fbpx

102 sekolah menengah di Sabah dikesan terdapat kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masidi ketika sidang akhbar mengenai perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Sebanyak 102 buah sekolah menengah di Sabah dikesan mempunyai kes Covid-19 bagi tempoh 16 Januari sehingga 8 Februari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan adalah daripada 221 buah sekolah menengah yang dibuka bagi sesi persekolahan tahun ini.

“Bagaimanapun, hanya lapan sekolah di Sandakan setakat ini yang diarah tutup bagi tempoh 10 hari untuk kerja-kerja sanitasi.

“Lapan sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah (SM) ST Mary, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, SMK Elopura Bestari, SMK Perempuan, SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM ST Cecelia dan SMK Agama Tun Juhar.

“Jangkitan Covid-19 di semua sekolah yang ditutup melibatkan 14 guru dan empat pelajar.

“Namun sekolah terlibat sudah dibuka dan kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya pada satu sidang akhbar mengenai perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Masidi turut menyatakan seramai lima lagi murid dan empat guru di SM ST. Michael, Penampang dikesan positif Covid-19 sejak 26 Januari sehingga 3 Februari.

Menurut Masidi, kes berkenaan bermula daripada kontak keluarga dan tiada kes positif baharu direkodkan selepas itu.

Sementara itu, mengulas berkaitan keperluan penutupan sekolah, Masidi berkata, penutupan sesebuah sekolah berikutan jangkitan Covid-19 hanya akan dilakukan berdasarkan penelitian dan penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Sekiranya terdapat bukti menunjukkan penularan virus menyebabkan terjadinya kluster di sekolah, pegawai kesihatan daerah akan membuat keputusan untuk menutup sekolah selama 10 hari untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“Sekiranya pengesanan kes dilakukan lebih awal sebelum wujudnya kluster, maka semua kontak rapat akan disaring dan diasingkan untuk dikuarantin.

“Aktiviti persekolahan boleh diteruskan dengan pengamalan SOP yang ketat dan pemantauan gejala dalam kalangan pelajar dan guru,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI