fbpx

MAHB, Malaysia Airlines tingkat keselamatan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bekerjasama dengan Malaysia Airlines memperkenalkan Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertujuan meningkatkan keselamatan dan mempercepatkan proses pemeriksaan keselamatan.

MAHB dalam satu kenyataan berkata, PRS telah dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya bermula bulan ini.

“Antara banyak faedah dari sistem ini adalah merangkumi kemudahan kepada penumpang yang akan membantu dalam memudahkan jarak fizikal selamat mengikut norma baru,” katanya.

KLIA telah memasang 10 unit PRS di Terminal 1 dan 12 unit di Terminal 2. Sistem itu merupakan inisiatif yang dihasilkan dalam pelan pendigitalan Lapangan Terbang 4.0 MAHB sebagai rancangan digitalisasi untuk meningkatkan keselamatan lapangan terbang dan kecekapan operasi syarikat penerbangan.

PRS turut berperanan sebagai sistem pemeriksaan keselamatan tambahan automatik baharu yang dapat mengimbas dan memadankan maklumat mengenai dokumen perjalanan penumpang dan pangkalan data masa nyata.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, PRS juga akan dapat meningkatkan keselesaan pelanggan apabila kakitangan di darat boleh dimaklumkan dengan segera sekiranya terdapat keperluan untuk mengesan penumpang semasa panggilan terakhir menaiki pesawat.

“Selain itu, mana-mana bagasi milik penumpang yang tidak menaiki pesawat dapat dikesan dengan segera dan dikeluarkan dengan serta merta bagi meningkatkan lagi keselamatan dan menambah baik masa pusing balik pesawat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI