fbpx

`My Story: Justice in The Wilderness’ jelas komplot jatuhkan Najib?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S Thanenthiran (tengah) bersama peguamnya ketika membuat laporan polis berhubung buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' di Balai Polis Butterworth, hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas bertajuk `My Story: Justice in The Wilderness’ boleh dianggap sebagai bukti bahawa memang terdapat satu komplot untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Dakwaan itu dibuat oleh Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Seri R.S. Thanenthiran.

Thanenthiran berkata, dia terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang warga negara yang patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Selain memfitnah Datuk Seri Najib, beliau (Tommy Thomas) sebenarnya telah memfitnah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mengatakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah merasuah mereka atau ‘bribe his way out’.

“Semua ini dinyatakan dengan jelas dalam buku berkenaan pada muka surat 266 dan 267,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth di sini hari ini.

Difahamkan, sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan polis yang dibuat terhadap bekas Peguam Negara itu di seluruh negara berhubung penerbitan buku tersebut.

Mengulas lanjut kata Thanenthiran, Thomas menerusi penulisannya dalam buku itu turut menyatakan bahawa Jho Low telah memainkan satu peranan tunggal atau ‘singular role’ dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Justeru katanya, Thomas perlu dipanggil untuk disoal siasat kerana apa yang terkandung dalam buku tersebut berunsurkan jenayah jika ia benar-benar terjadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI