fbpx

Tipu konon boleh ubah seksyen SPRM, 2 ahli perniagaan didenda, penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli perniagaan, Razaly Mat Sari berjalan keluar dari mahkamah selepas membayar denda RM50,000 ketika mengaku bersalah atas pertuduhan telah memperdaya seorang pengarah syarikat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbuatan dua ahli perniagaan yang menipu seorang lelaki kononnya boleh mengubah seksyen berhubung akta Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa padah apabila mereka didenda dan dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman denda RM50,000 dan penjara seminggu terhadap Mohd. Hussein  Mohd. Nasir, 52, dan denda RM50,000 terhadap Razaly Mat Sari, 55, selepas kedua-duanya mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lagi lapan bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan mereka membayarnya.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama telah menipu dan memperdaya Norazman Mohd. Nor, 50, kononnya mereka boleh membantu menukar seksyen kesalahan kes siasatan SPRM ke atas Norazman daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kepada Seksyen 25 (1) Akta sama yang telah mendorong mangsa supaya menyerahkan wang tunai RM40,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah lobi hotel di Putrajaya pukul 4.10 petang pada 16 Disember tahun lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin memohon mahkamah mengenakan hukuman denda mininum RM50,000 dan penjara dua minggu terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius.

“Perbuatan kedua-dua tertuduh mencerminkan seolah-olah jabatan kerajaan ini boleh dirasuah. Ini bukan perkara biasa kerana ia bertentangan dengan publik polisi awam,” katanya.

Bagaimanana peguam Adha Amin dan Fahmi Abdul Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga menyesal dengan perbuatan mereka.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI