fbpx

Taqiyuddin buru emas ketiga di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAQIYUDDIN dan pasangannya, Nur Fatin Ummairaq ceria selepas majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin.

PERKAHWINAN bakal menjadi tonik terbaik buat atlet silat negara, Mohd. Taqiyudiin Hamid untuk memburu emas ketiganya menjelang Sukan SEA 2021 di Hanoi, Veitnam nanti.

Atlet kelahiran Pahang itu yang sah bergelar suami kepada Nur Fatin Ummairaq Abdul Halim kelmarin mengakui, isterinya kini menjadi tulang belakang dalam misinya untuk meraih kejayaan di pentas Sukan SEA.

Taqiyudiin yang juga Olahragawan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 tampil cemerlang bersama skuad silat negara apabila meraih emas ketika penampilan sulung menyertai Sukan SEA pada 2011 di Jakarta, Indonesia.

Aksi cemerlang pesilat ber­usia 28 tahun itu tidak terhenti di situ sahaja apabila dia juga berjaya memungut dua pingat emas pada edisi 2017 dan 2019.

Emas pertama Taqiyuddin diraih ketika bergandingan de­ngan Rosli Sharif di Kuala Lumpur, disusuli bersama Sazzlan Yuga ketika di Manila.

“Selepas ini saya kena pandai bahagikan masa antara latihan, keluarga dan isteri. Saya akan berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan.

“Saya sasarkan emas di Sukan SEA tahun ini biarpun saya sedar kami beraksi di tempat lawan dan acara saya ini adalah sukan subjektif.

“Saya kena bersungguh-sungguh mulai sekarang untuk membawa pulang pingat emas,” kata­nya ketika ditemui selepas majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin.

Taqiyuddin, yang bakal bergandingan dengan Sazzlan pada Sukan SEA 2021 Hanoi bagi acara ganda putra berkata, dia yakin mereka mampu lakukan kejutan.

“Saya yakin dengan rakan sepasukan saya dan saya harap mampu tampil cemerlang. Meskipun negara dilanda pendemik, namun kami tetap bekerja keras dalam latihan untuk memastikan prestasi kami sentiasa berada pada tahap yang terbaik,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI