fbpx

[KEMASKINI] Tahun Baru Cina dibenarkan ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

Jelas beliau, kebenaran itu hanya diberikan pada 11 dan 12 Februari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memberi ruang untuk majlis makan besar bersama keluarga.

Tambahnya, aktiviti sembahyang juga hanya dibenarkan dilakukan oleh ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja bagi mengelakkan pergaulan orang luar yang dibimbangi mempunyai gejala Covid-19.

“Sambutan Tahun Baru Cina tetap dibenarkan namun mengikut (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepertimana yang dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali sebelum ini.

“Aktiviti makan besar juga hanya dibenarkan antara ahli keluarga yang tinggal serumah manakala upacara sembahyang di tokong hanya dibenarkan untuk lima orang ahli jawatankuasa tokong sahaja,” jelasnya ketika sidang akhbar khas sebentar tadi.

Katanya, aktiviti kebudayaan yang biasa dilakukan sebelum ini antaranya tarian singa, tarian naga dan perarakan sama sekali tidak dibenarkan.

“Aktiviti ziarah dan rentas negeri juga tetap tidak dibenarkan di seluruh negara hanya Sarawak sahaja akan diputuskan oleh kerajaan negeri,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI