fbpx

Kanser payudara, usus besar, paru-paru paling kerap di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Tiga jenis kanser paling kerap berlaku di Malaysia melibatkan kanser payudara (19 peratus), diikuti kanser kolorektal atau usus besar (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser paling kerap berlaku (16.9 peratus) manakala dalam kalangan wanita adalah kanser payudara (33.9 peratus).

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kes kanser pada tahun 2012 hingga 2016 meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2007 hingga 2011.

“Peratus keseluruhan kes kanser yang dikesan lewat (tahap tiga dan empat) meningkat daripada 58.7 peratus pada 2001 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.

“Situasi ini adalah membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, bagi mengelakkan kanser dikesan lewat dan peluang untuk sembuh yang lebih baik, orang ramai diminta untuk melakukan ujian saringan serta dinasihatkan supaya mengenali tanda dan gejala awal kanser.

“KKM menyediakan perkhidmatan saringan kanser payudara, kolorektal, serviks dan mulut di seluruh negara secara percuma.

“Perkhidmatan saringan kanser juga boleh didapati di fasiliti-fasiliti swasta dengan kadar bayaran tertentu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI