fbpx

7 lelaki Rohingya ditahan ubah suai motosikal, tiada lesen memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lelaki Rohingya ditahan selepas melakukan kesalahan mengubahsuai motosikal dan tiada lesen memandu dalam operasi dijalankan JPJ Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki warga Rohingya ditahan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor pada Operasi Pendatang Warga Asing Rohingya kerana menunggang motosikal yang diubahsuai dan tidak memiliki lesen memandu yang sah di sekitar daerah ini hari ini.

JPJ Johor dalam satu kenyataan berkata, Operasi Pendatang Warga Asing dijalankan sejak pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan seramai 15 anggota dan pegawai dari bahagian penguatkuasa JPJ Johor terdiri daripada seksyen operasi ,unit operasi dan unit siasatan.

Katanya, operasi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ negeri, Mohamad Firdaus Mohamad Ibrahim bagi mengesan kesalahan pemandu dan kenderaan yang tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat, sebanyak tujuh buah motosikal telah ditahan dan disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 (2) akta yang sama iaitu kenderaan persendirian dijadikan kenderaan barang dan membenarkan tujuh lelaki Rohingya memandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah.

“Selain itu, pemandu dan kenderaan juga diambil tindakan di bawah akta tersebut dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 di atas pelbagai kesalahan dan lain-lain kesalahan teknikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI