fbpx

Penulisan Tommy berniat jahat, dangkal dan tidak bertamadun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) menyifatkan penulisan Tan Sri Tommy Thomas dalam buku berjudul `My Story: Justice in The Wilderness’ adalah berniat Jahat serta mencerminkan pemikirannya yang dangkal dan tidak bertamadun.

Jawatankuasa Eksekutif JALSOA menyelar tindakan bekas Peguam Negara itu yang menggelar pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai peguam kerajaan yang hanya menunggu gaji bulanan dan menantikan pencen selepas persaraan serta menjalankan kerja pentadbiran.

“JALSOA amat terkilan dan terjejas dengan kenyataan tersebut serta membantah tegas penulisannya yang menghina pegawai undang-undang secara keseluruhan,” ujar JALSOA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kandungan buku tersebut menceritakan kisah hidup dan perjalanan kerjaya beliau sebagai Peguam Negara sepanjang masa material selama 21 bulan yang disebutnya sebagai “the chief legal advisor to the Prime Minister and his administration”.

Jelas kenyataan tersebut, sebagai Peguam Negara, Tommy juga adalah ketua perkhidmatan kepada pegawai undang-undang dalam skim perkhidmatan kehakiman dan perundangan.

Namun ujar kenyataan itu, peguam berpengalaman tersebut menunjukkan beliau telah salah arah dan salah tanggapan mengenai peranan pegawai undang-undang dalam skim perkhidmatan.

JALSOA selanjutnya menegaskan, pegawai undang-undang sama ada yang ditempatkan di AGC mahupun di mahkamah sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka menurut peruntukan undang-undang tanpa mengira identiti Peguam Negara atau Kerajaan yang
memerintah. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI