fbpx

Bekas komandan UPNM didakwa terima wang RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Komandan Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM400,000, lima tahun lalu.

Pertuduhan pertama, Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohamad Adkaa Solahuddin, 64, didakwa menerima cek Maybank Islamic Berhad berjumlah RM200,000 milik Too Pro Market, hasil aktiviti haram ke dalam akaun Maybank miliknya.

Pertuduhan kedua, bekas pegawai kanan tentera itu didakwa menerima cek Maybank Islamic Berhad berjumlah RM200,000 milik SFX Managementyang merupakan hasil aktiviti haram yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik tertuduh.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada 11 Oktober dan 13 Oktober 2016 di Maybank Cawangan Kompleks Dayabumi, Lot F1/26 dan F1/27, Kompleks Dayabumi City Point di sini.

Berikutan kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut  Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI