fbpx
MASIDI ketika sidang akhbar perkembangan Covid-19 Sabah di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Lapan sekolah, dua tadika di Sabah ditutup akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Empat lagi sekolah menengah di Sandakan serta sebuah tadika swasta di Kota Kinabalu diarah tutup berikutn terdapat kes positif Covid-19 membabitkan pelajar atau guru.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Jurucakap Berkaitan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan terbabit sekaligus menjadikan lapan sekolah menengah di Sandakan yang sudah ditutup setakat ini.

“Ia selepas empat sekolah menengah di daerah sama ditutup pada minggu lalu, manakala dua tadika ditutup setakat ini termasuk satu tadika pada minggu lalu.

“Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, terdapat empat lagi sekolah ditutup akibat jangkitan kes Covid-19 setakat semalam selain empat sekolah yang ditutup sebelum ini,

“Semua sekolah menengah yang terlibat adalah membabitkan daerah Sandakan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, Sekolah Menengah (SM) St Cecilia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Juhar,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika sidang media perkembangan Covid-19 Sabah sebentar tadi.

Sementara itu, Masidi menyatakan tadika yang ditutup setakat ini hanya melibatkan dua sekolah sahaja iaitu Tadika Jati, Taman Haringgton Kota Kinabalu dan Kinabalu International School, Kota Kinabalu.

Terdahulu, empat sekolah menengah yang ditutup di Sandakan pada minggu lalu ialah SMK Perempuan Sandakan, SMK Elopura Bestari, SMK Batu Sapi dan SM St Mary. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN