fbpx

APMM tahan kapal tunda asing berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal tunda berdaftar di Singapura dikesan berlabuh di perairan Perak tanpa kebenaran sebelum ditahan APMM tengah hari semalam.

LUMUT – Tindakan sebuah tug boat atau kapal tunda berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 4.6 batu nautika barat daya Pulau Dua, Pulau Pangkor mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal itu dikesan ketika anggota penguat kuasa pasukan itu sedang melaksanakan Op Pintas kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Anggota mengesan sebuah kapal tunda membawa paip besi dalam keadaan mencurigakan lantas terus melakukan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan 13 kru terdiri daripada warga Filipina dan Honduras berumur 30 hingga 65 tahun serta mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Beliau berkata, kapal yang berdaftar di Singapura itu dipercayai dalam perjalanan dari Indonesia menuju ke India. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI