fbpx

28 kompaun sehari tidak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASARUDIN (tengah), Azizi (tiga kiri) dan Shamsul Amar (paling kiri) semasa pemeriksaan SJR di bawah pentadbiran IPD Klang Selatan.

KLANG – Sebanyak 433 kompaun dikeluarkan kepada orang ramai yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, secara puratanya sebanyak 28 kompaun sehari dikeluarkan pihaknya sejak hari pertama PKP pada 13 Januari lalu hingga kelmarin.

Katanya, antara kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka dan membuka serta mengunjungi pusat hiburan.

“Kita juga menerima 15,116 permohonan rentas daerah bagi tempoh sama dengan purata 1,007 permohonan sehari.

“Bagaimanapun, sebanyak 1,696 permohonan telah ditolak pihak kami,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) (Tadbir Urus/Kepolisan Am) Bukit Aman, Datuk Azizi Mat Aris dan Timbalan Komander Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Nasarudin Abdul Mubin melakukan pemerhatian pelaksanaan di tiga buah sekatan jalan raya (SJR).

Ini melibatkan SJR di Persiaran Kota, Klang, Batu 2, Jalan Langat dan Jalan Dato’ Mohd. Sidin.

Jelas Shamsul Amar, secara keseluruhan pematuhan masyarakat terhadap SOP di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan adalah 98 peratus. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI