fbpx

Siasatan kes ajaran ‘Agama Melayu’ hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Marzuk (dua kiri) menyerahkan sumbangan Jabatan Wakaf Haji dan Umrah (Jauhar) kepada Pengarah Hospital Tumpat untuk kegunaan pesakit Covid-19 yang sedang mendapatkan rawatan di hospital untuk memasak.

TUMPAT – Siasatan menyeluruh berhubung ajaran sesat ‘Agama Melayu’ yang dipercayai dibawa oleh seorang individu dijangka sudah hampir selesai.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, siasatan itu sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan didedahkan apabila selesai.

Menurutnya, buat masa ini, pihak kementerian menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan kerjasama penuh dan mempercayai kredibiliti JAIS dalam melakukan siasatan berkaitan ajaran tersebut.

“Jika ada kes (wujudnya penyelewengan dalam ajaran Agama Melayu) kita akan kemukakan kepada pihak pendakwaan.

“Jakim ada menerima laporan pada minggu lalu selepas tular satu video upacara ritual berkaitan ajaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas turun padang menyampaikan sumbangan Convenction Oven
dari Jabatan Wakaf Haji dan Umrah (Jauhar) kepada pihak Hospital Tumpat di sini untuk kegunaan memasak bagi pesakit Covid-19.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpe­ngaruh dengan ajaran baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang didakwa sebagai sesat lagi menyesatkan.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, pihak berkuasa agama sedang menyiasat perkara itu selain memberi kefahaman aqidah dan fikrah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI