fbpx

Rentas 10km sebab mahu makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Cubaan rentas radius 10 kilometer (km) untuk makan di restoran merupakan kekerapan alasan diterima daripada segelintir pengguna jalan yang di sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, tindakan mereka itu menyebabkan arahan berpatah balik terpaksa dibuat kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Katanya, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu sebanyak 24,210 kenderaan telah diperiksa di tiga buah lokasi SJR.

“Sebanyak 217 kenderaan telah diarah berpatah balik kerana memberikan alasan remeh seperti mahu makan dan tiada permit rentas sempadan.

“Kita turut mengeluarkan 20 kompaun atas kesalahan seperti melebihi dua individu dalam sesebuah kenderaan,” katanya ketika ditemui pada pemeriksaan SJR di Plaza Tol Bukit Raja di sini, petang tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.

Nurulhuda memberitahu, sebanyak 145 permohonan rentas sempadan ditolak daripada 5,537 keseluruhannya atas alasan mahu menziarah keluarga atau berubat di kampung.

Dalam perkembangan sama, beliau bagaimanapun menegaskan berdasarkan pemerhatian mendapati tahap pematuhan SOP penduduk daerah ini meningkat sehingga 90 peratus sejak Disember tahun lalu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI