fbpx

Hentikan dakwaan mangsa lemas bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafa'aton (kanan) ketika turun padang menemui petugas-petugas SJR di Plaza Tol Rawang Selatan di sini hari ini.

SUNGAI BULOH – Polis meminta orang ramai menghentikan khabar angin yang mendakwa kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini semalam sebagai perbuatan membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan punca sebenar kejadian itu.

“Kita mengklasifikasikan kes melibatkan kematian seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kenderaan itu sebagai kemalangan jalan raya.

“Siasatan juga mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah kawan rapat dan mangsa lelaki bersara awal daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana faktor kesihatan,” ujarnya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika melawat petugas melalui program Jeneral Turun Padang di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Rawang Selatan di sini hari ini.

Sebelum ini, kecoh apabila terdapat dalam kalangan netizen di media sosial mengaitkan kejadian berkenaan sebagai tindakan untuk membunuh diri.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan selepas dua jam mencari, bomba akhirnya berjaya menemui dua mangsa lemas yang terjunam bersama kereta di dalam Tasik Biru, Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini semalam.

Kedua-dua mangsa tersebut lemas selepas kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam tasik berkenaan sekitar pukul 6 petang.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI