fbpx

Lepas cium pipi, ketiak pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA dan Nabil kini teruja berkongsi keintiman dalam media sosial.

Pasangan yang baru berkahwin, Ayda Jebat dan Nabil Mahir memang tidak pernah sunyi daripada jadi bahan kecaman netizen.

Kali ini, mereka hangat menjadi buah mulut ramai menerusi sebuah video memaparkan Nabil sedang mencium pipi Ayda. Lebih menyakitkan mata dan telinga netizen, kucupan yang diberikan

Nabil kepada isterinya itu dikatakan kelihatan sangat mengghairahkan. Amboi!

Lucu betul Diva baca reaksi netizen. Ada yang suka dan terdapat juga yang mengata ‘kaw kaw’. Dalam video yang dikongsi oleh Ayda dalam InstaStorynya itu, dia turut menulis: “24 jam begini.

Suami anda macam ini juga? Clingy!”.

Disebabkan video tersebut, ramai yang mengecam tindakan Ayda yang disifatkan hal dalam kain pun nak kongsi dengan jutaan pengikut.

“Alahai Ayda, kena cium pun nak kongsi dalam InstaStory ke,” tulis seorang netizen.

“Jangan tayang cerita ‘dalam kain’ lebih-lebih dalam media sosial, takut jatuh fitnah,” nasihat seorang lagi warga maya.

Menariknya, lepas kongsi video cium pipi, semalam Ayda menambah bahan kecaman dengan berkongsi gelagat Nabil mencium ketiaknya pula untuk tontonan umum. Alahai, mengundang sungguh!

DIVA: Mira Filzah pun asyik kena kecam setiap kali tayang siri manja dengan suami. Biasalah, orang cantik dan bahagia, ramai yang cemburu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI